S A H A B A T

Banyak Kali dah bertunang kod ?

Assalamualaikum blogger kacak lagi kiut semua . Semoge kite semua sentiase dibawah lindungan Allah .
Soalan:
Adakah dikira sah bertunang hanya dengan lafaz persetujuan di antara pasangan lelaki dan perempuan?
Ustaz Azhar Idrus:

Telah sah dan memadai bila si lelaki mengatakan dia hendak mengambil perempuan itu samada sebagai isteri, wife, bini, suri rumah, atau seumpamanya, manakala si perempuan pula memberi kata setuju. Maka haram lah orang lain masuk meminangnya, kecuali jika mereka tidak tahu.

Rombongan meminang itu cuma adat sahaja. Itu tidak salah, KECUALI bila melanggar peraturan syarak atau kerana mengikut-ikut adat agama lain. Contoh menghantar gubahan sirih junjung itu asalnya adat hindu. Haram kita tiru kecuali pihak perempuan itu memang makan sirih!

Malah, NIKAH KAHWIN yang lebih berat dari pertunangan pun SAH hanya dengan LAFAZ, bila cukup syarat-syarat rukunnya, walaupun tengah beratur hendak ambil wang ehsan.

Contoh:

Si A mendukung anak perempuannya yang masih kecil.
Si B kata: Comelnya anak ni, bagi saya bernikah dengan anak pakcik (Si A).
Si A kata: Ambil lah, saya setuju.
Kebetulan ada 2 orang lain dengar lafaz mereka. Mereka adalah saksi. Maka anak kecil tadi sudah sah menjadi isteri Si B.

Tapi walaupun dah sah jadi isteri, jangan pegi jimak pulak budak tu. Haram. Kena tunggu dia baligh dulu baru boleh serah dia kepada si suami.

Jadi, kalau nikah kahwin yang lebih berat pun sah dengan lafaz sahaja, bertunang lagi lah sah .

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tiga perkara yang jika dibuat bersungguh-sungguh ia akan menjadi sungguh, dan jika dibuat main-main pun akan menjadi sungguh, iaitu nikah, cerai dan rujuk."
(Hadis Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah)

7 comments:

Remy hazza said...

tapi bertunang bukan ticket utk terlebih mesra...adab tetap kena jaga... batasan pun sama.....

shar90 said...

ahahahaa... senang je tunang sbnrnye... hee
UAI ade je yg buat kite nk gelak xD

adibahfaizah said...

betul tu :) cuma kbanyakan kita tak tahu pasal bnda ni, kan.

ejulz said...

kebanyakan org skrang ni main rampas je.. bak kata diorang, kapal terbang pun boleh dikebas.. adehh.. xpe laa.. asal jgn kita jd cam diorang ni..

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
singgah pagi rabu :)

baby comel said...

Yelah. Sebab tu hal2 cmni jgn dibuat main. Terima kasih ye utk ilmu ni

kay_are said...

Sebab tu r bende bende yang melibatkan tunang kawin ni kalau boleh jangan di buat main.. silap cakap tak pasal2 je kan..

SHout



All right reserved by me @ Copyright protected Blog Rahsia Pelangi Edited by Caersasuke