S A H A B A T

Andai kau tahu .

Assalamualaikum blogger kacak lagi kiut semua . Semoge kite semua sentiase dibawah lindungan Allah .
Hawa,
Andai kau tahu,
Allah telah memuliakan dirimu,
Dengan menyuruh kamu menutup seluruh perhiasan di tubuhmu,
bagai permata yang dilitup jitu.

Hawa,
Allah menyuruh kamu menundukkan pandanganmu,
mengangkat hanya sebatas yang perlu,
Dia juga menyuruh kamu untuk memelihara suaramu,
bak artis yang dibayar beribu.

Hawa,
Allah muliakan kamu,
Bukan calang-calang orang boleh menyentuhmu,
bak permaisuri di takhta,
bukan sembarangan boleh dicacat cela,

Hawa,
Allah juga mengangkat darjatmu,
Dengan menyuruh kamu menjaga pergaulanmu,
Kerna Allah tahu,
Dikau mampu menggoyah iman sang adam,
Dipeliharanya kamu,
Untuk adam terbaik,
untuk jejaka terpilih,
untuk mujahid idaman.

Hawa,
Adakah kau mahu?
Darjatmu yang diangkat sedemikian tinggi oleh Ar-Rahman. . .
tercalar dek nafsu dan mahumu?

Hawa,
Allah sayangkan kamu..
Allah sayangkan kamu..
Allah sayangkan kamu..
Tidakkah kamu merasa bahawa Allah sedang memerhatikan kamu..
Setiap masa..menjaga kamu...

1 comment:

Ain Dzaya said...

sajak untuk para gadis ^^

SHout



All right reserved by me @ Copyright protected Blog Rahsia Pelangi Edited by Caersasuke