S A H A B A T

10 WASIAT IMAM SYAFI'I SEBELUM WAFAT

Assalamualaikum blogger kacak lagi kiut semua . Semoge kite semua sentiase dibawah lindungan Allah .
Sebelum Imam Syafi'i pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan ummat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

1. HAK KEPADA DIRI ;

 Mengurangi tidur, mengurangi makan, mengurangi percakapan (yang tidak bermanfaat) dan menerima dengan ikhlas dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT ; 

Mengqadhakan(ganti) kewajiban-kewajiban yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR ; 

Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR ; 

Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) ; 

Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRATH (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) ; 

Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALAIKAT MALIK (PENJAGA NERAKA) ; 

Menangis sebab takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8. HAK KEPADA MALAIKAT RIDHWAN (PENJAGA SYURGA) ; 

Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala , bersyukur atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW ; 

Selawat atas baginda, berpegang dengan syariat bergantung kepada As-Sunnah (Hadits), menyayangi para sahabat dan berlumba-lumba dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH SWT ; 

Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

5 comments:

hazwan hairy said...

nice sharing ain..sma2 kita renungkan ...

Remy hazza said...

wasiat yg kita kena jaga dan amalkan.....

nicosikura said...

syukran ye untuk perkongsiaan yg bermanfaat nie... =)

shar90 said...

waaaah... cik ain slalu bg kite peringatan n ade yg kite xtau pon ade... hee
blh jd boss sye... ye boss? hehehe xP

kay_are said...

aku tak pernah tau pun pasal pesanan yang ni. thanks r sebab share ye..

SHout



All right reserved by me @ Copyright protected Blog Rahsia Pelangi Edited by Caersasuke