S A H A B A T

Gempa Bumi !


KUALA LUMPUR 11 April - 
Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia hari ini.  

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.  

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.  

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang. Beliau berkata, pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima maklumat dari orang ramai.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.  

Di KANGAR, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.  Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.  Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis. - BERNAMA

#Semoga Allah melindungi kita dari bala .

Doa untuk dijauhkan dari bala dan marabahaya
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شئ في الأرض و لا في السماء وهو السميع العليم

"Dengan nama Allah yang segala sesuatu baik di langit maupun di bumi tidak akan memberi mudarat (bahaya) apa-apa selama berlindung dengan menyebut nama-Nya"

6 comments:

NaJwA MaJiD said...

Saya dekat Johor pon rasa tau . Pening . =="

♥!!✿ Ain sajee ✿!!♥ said...

@NaJwA MaJiD kuat kea najwa ? btw , tke cre yea :)

intan izzaty said...

saya dekat kedah pown rasa...ingatkan perasaan ja..

♥!!✿ Ain sajee ✿!!♥ said...

@intan izzaty 2 lhaa drang kta , jhr pnng kdah rase ggar 2 . koad kaa ggar 2 ?

intan izzaty said...

bleyh thn..mula2 tu ingat perasaan ja..huhu..tapi knyataan

♥!!✿ Ain sajee ✿!!♥ said...

@intan izzaty haha . lame taak ? aishh ~ takodd nyo .

SHout



All right reserved by me @ Copyright protected Blog Rahsia Pelangi Edited by Caersasuke